Pages

Saturday 10 December 2011

PENGGUNAAN SIMPULAN BAHASA DALAM AYAT

Contoh Ayat:

1.  Pegawai polis itu ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah kerana makan suap daripada seorang   pesalah lalu-lintas.

2.  Walaupun patah kandar, namun Mak Teh tetap tabah dan berusaha gigih untuk membesarkan lima  orang anaknya yang masih bersekolah.

3.  Wahab dimarahi oleh gurunya kerana membuat kerja secara hentam keromo.

4.  Hairuddin Omar merupakan ayam tambatan dalam pasukan Negeri Sembilan.

5.  Peneroka Felda Lembah Bilut gembira kerana mendapat durian runtuh daripada kerajaan  Malaysia.

6.  Nur Farisha merupakan anak emas puan Syuhairah dan encik Saharudin.

7.   Azrin  ada hati terhadap gadis yang telah menjadi tunangan orang.

8.   Zali ditertawakan oleh rakannya kerana dia seorang yang kaki bangku.

9.   Lintah Darat itu telah ditangkap oleh polis kerana memeras ugut Pak Joko.

10. Nur Farisha seorang yang terang hati kerana telah menjawab kesemua soalan kuiz itu dengan  betul.

No comments: