- Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
- Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
- SUMBER:
- http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm
- Manakala menurut Kamus Dewan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Misalnya, kaki ayam,yang bererti 'tidak berkasut' dan panjang tangan yang bererti 'suka mencuri'. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan.
- Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.
SUMBER:
http://www.scribd.com/doc/14182142/SIMPULAN-BAHASA