Pages

Saturday 10 December 2011

UJI KEPINTARAN ANDA

 BAHAGIAN A

Cari makna simpulan bahasa yang diberi.


Bil
Simpulan Bahasa
Makna
1
Otak Udang

2
Cacing Kepanasan

3
Atas Angin

4
Buah Tangan

5
Kutu Embun

6
Setengah Tiang

7
Anak Emas

8
Duit Kopi

9
Gaji Buta

10
Pekak Badak




BAHAGIAN B

Tulis simpulan bahasa berdasarkan maksud yang diberi.



Bil
Simpulan Bahasa
Makna
1

Meminta semula barangan yang telah diberi
2

Menghasut seseorang agar bergaduh atau bertengkar
3

Malas untuk melakukan sesuatu kerja
4

Melakukan sesuatu kerja yan gdiberi dengan cepat
5

Mempelawa seseorang dengan tidak bersungguh-sungguh
6

Harga barangan yang tidak boleh ditawar lagi
7

Seseorang yang tidak ada perasaan malu
8

Mendapat upah daripada kerja yang dilakukan
9

Seseorang yang suka minum arak
10

Berpura-pura bodoh


BAHAGIAN C

Baca petikan  di bawah. Kemudian tuliskan simpulan bahasa yang di tempat kosong.

           Mek Wook hidup bersama anaknya, Minsubin. Minsubin merupakan ________________ kepada Mek Wook. Sudah sebulan Mek Wook dan anaknya ______________________ kerana kematian suami. Namun begitu, mereka berdua tetap tabah dan gigih dalam menjalani kehidupannya. Mek Wook bekerja sebagai penoreh getah. Sebelum pergi menoreh, Mek wook hanya minum air suam sebagai ________________. Manakala anaknya pula masih belajar. Minsubin merupakan seorang  yang _____________________. Oleh kerana itu, Minsubin sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.
             Masa terus berlalu. Kini, Minsubin telah bekerja. Minsubin telah mengubah kehidupan mereka berdua. Walaupun sudah berjaya, Minsubin tidak lupa akan _________________ yang telah membesarkannya. Minsubin tidak pernah lupa untuk membantu mereka yang susah. Minsubin seorang yang _______________.

PENGGUNAAN SIMPULAN BAHASA DALAM AYAT

Contoh Ayat:

1.  Pegawai polis itu ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah kerana makan suap daripada seorang   pesalah lalu-lintas.

2.  Walaupun patah kandar, namun Mak Teh tetap tabah dan berusaha gigih untuk membesarkan lima  orang anaknya yang masih bersekolah.

3.  Wahab dimarahi oleh gurunya kerana membuat kerja secara hentam keromo.

4.  Hairuddin Omar merupakan ayam tambatan dalam pasukan Negeri Sembilan.

5.  Peneroka Felda Lembah Bilut gembira kerana mendapat durian runtuh daripada kerajaan  Malaysia.

6.  Nur Farisha merupakan anak emas puan Syuhairah dan encik Saharudin.

7.   Azrin  ada hati terhadap gadis yang telah menjadi tunangan orang.

8.   Zali ditertawakan oleh rakannya kerana dia seorang yang kaki bangku.

9.   Lintah Darat itu telah ditangkap oleh polis kerana memeras ugut Pak Joko.

10. Nur Farisha seorang yang terang hati kerana telah menjawab kesemua soalan kuiz itu dengan  betul.

CONTOH DAN MAKSUD SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa                                                                        Maksud

1.     Tangkai Jering                                            sikap  seseorang yang sangat kedekut

2.      Anak Emas                                                anak kesayangan dalam keluarga

3 .     Puteri Lilin                                                perempuan yang tidak tahan  panas

4.     Ada Hati                                                     sikap  berkeinginan sesuatu

5.     Patah Kandar                                              hilang tempat bergantung

6.     Makan Suap                                                menerima rasuah

7.     Bajak Wangkang                                         membuat kerja apabila disuruh                                                    

8.     Panjang Tangan                                           seseorang yang suka mencuri

9.     Langkah Kanan                                           bernasib baik

10.   Ayam Tambatan                                          orang harapan dalam  pasukan

Sunday 2 October 2011

Peribahasa

Menurut Zainal Abidin Ahmad
(Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka 1965)
Peribahasa adalah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan-sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.

Sumber:
http://www.slideshare.net/mohamednaim/pengajaran-peribahasa

Wednesday 21 September 2011

MAKSUD SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
 
SUMBER:
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm 
 
 
Manakala menurut Kamus Dewan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya. Misalnya, kaki ayam,yang bererti 'tidak berkasut' dan panjang  tangan yang bererti 'suka mencuri'. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. 
  
 
Menurut Za'ba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
     Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
     Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
     Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
     Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya. 
 
SUMBER:
http://www.scribd.com/doc/14182142/SIMPULAN-BAHASA